VitaminB CoMpleX

ku syukuri nikmat dan rahmat Ilahi, yang tak pernah putus diri ini memiliki, moga diri terus berdiri, melangkah dan gagah berlari, mengejar cita-cita nan suci, dalam mencari redhaMu ya Rabbi ..

Barisan Hadapan February 18, 2010

Filed under: Uncategorized — nurfarhana @ 6:28 pm

Bila berbicara mengenai perjuangan, terasa kerdil dan tiada layak untuk mengutarakan pendapat. kerana, perjuangn yg ditempuh terasa kecil berbanding mereka dilapangan sana.

jom join usrah

Setiap dari kita, Allah pilih dan aturkan ditempat yg Dia rasakan kita mampu dan layak. Jadi seharusnya kita, menyahut dan terus menapak dalam medan kita masing2 dalam erti berjuang unutk memenangkn Islam. Ini kerja besar, dan ianya bisa digerakkan dgn amal2 kita. Walau dlm medan mana kita berada, kehadapanlah menjadi mereka yg tidk gentar dan berusaha sehabis kudrat dan keringat. Awal dan akhir perjuangan kita tentulah tawakkal. Berserah kepada yg menentukan.

Berada dibarisan hadapan, punya terlalu banyak risiko. masakan tidak. tombak, panah mahupun balingan maut yg dilemparkan, nak tak nak akn menepati sasaran yg berada di saf hadapan. Usah gentar, kerana dibelakang kita masih punya ramai pejuang yg akan terus mara kehadapan. Mengundur bukan suatu pilihan. Tidak mahukah kita menjadi antara pahlawan handalan yg berada dihadapan yg memenangkan Islam ??. Silap besar jika ingin berada dihadapan sekadar untuk berasa bangga kerana dilihat hebat, berjuang bagai tiada tandingan.

Ingatlah, bukan kita yg memulakan perjuangan ini dan bukan kita yg akan mengakhirinya. Namun marilah kita menjadi antara mereka yg berada dihadapan tika peluang untuk berjuang masih tersedia.. Kerana saf-saf kita panjangnya merentasi jangakuan manusia.. terlalu cukup unutk semuanya berada dihadapan, jika kita memilihnya.

 

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.