VitaminB CoMpleX

ku syukuri nikmat dan rahmat Ilahi, yang tak pernah putus diri ini memiliki, moga diri terus berdiri, melangkah dan gagah berlari, mengejar cita-cita nan suci, dalam mencari redhaMu ya Rabbi ..

“Angah .. jgn lari” July 31, 2009

Filed under: Uncategorized — nurfarhana @ 3:56 pm

tuut .. tuut

tuut ..tuut

 

Angah : Assalamualaikum

Ilham : Hello. waalaikumussalam warahmatullah.

Angah : Tgh buat ape ?? bz ke??

Ilham : tgh dengar ceramah.

Angah : sunyi je,kt mn?

Ilham : kt dewan UTP.. aku kt luar dewan ni nk jwb call.

Angah : Ooo. tajuk ape?

Ilham : ttg Al-Quran kitab Hidayah.

Angah : waah seronok nye ade prog2 gitu .. huhu

Ilham : alhamdulillah, hehehe.

 

 

Angah : emm .. saje tepon. hati tgh berjerebu nih. bg tazkirah skit.

Ilham : hehe .. adeeh aku pon tgh blaja lg. byk lg ilmu kena cari.

Angah : sbenarnya, tgh rasa frust kot. kdg rasa penat sudaa untuk menyeru .. mcm aku tak sumbang ape2. aku rasa sedih sgt .. kdg aku rasa sgt lonely. like i’m a stranger here. ya Allah sedih nya hati ni.

Ilham : sabar lah. syukur alhamdulillah Allah pilih kita menjadi hambaNya yg terpilih untuk rasa keindahan jln da’wah ni. sedia maklumkan yg jln ni bukan mudah? bersabarlah. mana tahu suatu hari nanti Allah bukakan pintu hati mereka, mgk final yr nanti. bersabarlah.

Angah : baru 4 tahun meniti jln da’wah disini, tp dah down sebegini. teruk kan ?? belom umur meningkat tua lg. down mcm ni yg buat rasa nk lari ni.

Ilham : Eehh .. angah jgn lari!. sungguh pun seruan kita tak disambut, mereka memerlukan qudwah. RasulAllah dulu pun 23 tahun berdakwah bukan mudah. dibaling batu hingga berdarah-darah. bersabarlah ..

Angah : kalo kita ikhlas, takkan ade rasa kecewa dan berputusa asa kan. Allahmdulillah,ya Allah thabat kan aku dijalan Mu ini. terima kasih !! ok take care. eh sihat ke?

Ilham : hehe batuk2, mcm nak demam.

 

 

Angah : hai lekas jumpe doktor. kt sini dah ade H1N1 outbreak..siap satu kolej kena kuarantin.

Ilham : kt sini pn ade. tp yg symptomatic je kena kuarantin.

Angah : ooh yeke !! haa .. ape lg, jumpe doc lekas.tu mmg high risk being infected cz having fever already.

Ilham : malas la. byk keje nk buat.

Angah : aii .. sungguh pon nk menzalimi diri sendiri, jgn menzalimi org lain jgk. kalo positive, kesian org sekeliling nt..kan ? the disease could be fatal too, tau.

Ilham : iyelah.. insyaAllah.

Angah : ok, take care. assalamualaikum.

Ilham : waalaikumussalam warahmatullah.

 

 

— One Msg Sent —

Angah : Huhu sori lambat. slmt hari lahir y ke 19. moga terus thabat di jln dakwah seiring meningkat usia.

 

— One Msg Received —

Ilham : syukran ya ukhti. sbenarnya aku kena kuaranti sudaa H1N1.

 

— One Msg Sent —

Angah : huu, tahu2. syafakallah. moga tetap sabar ye. Allah nk bg rehat .. iA.

 

 —————————-

 “Angah .. jgn lari “

 

51:56 (Bhg II) July 26, 2009

Filed under: Uncategorized — nurfarhana @ 1:24 am

sebelum kita pergi jauh tentang bagaimana ingin menjaga hati, mari kita sama2 check kondisi hati kita. sihat ? sakit? berlubang? myocardial infarct??

hati manusia itu fitrahnya suci. telah pun berjanji dgn Ilahi dialam roh lagi untuk tunduk patuh tiada berbelah bagi.

 

karat hati

dosa lah aetiology bagi semua masalah hati. virus dosa menular hingga hati yg azalinya suci kini berkarat dan berdaki.

virus ini menyebabkan hati menusia rosak dalam beberapa peringkat.

 

pertama kali diri membuat dosa, diri akan rasa bersalah kerana ketika itu diri sedang menentang fitrah. RasulAllah SAW bersabda “Dosa itu sesuatu yang mendatangkan rasa resah dihatimu”. diri ketika itu rasa sungguh rimas seolah2 sedang berperang dgn diri sendiri, menyesali kenapa berbuat “begini” ?? air mata mengalir menangisi dosa pada diri.

pada tahap 2, virus dosa mampu menyebabkan diri rasa biasa dengan dosa.alah bisa tegal biasa. dosa yg sama diulang kali kedua dan seterusnya. kini diri  immune sudaa dgn virus yg sebenarnya akan memusnahkan seluruh hidupnya jika tidak dirawat segera. hati telah tega untuk berdosa dan terus berdosa …

kehebatan virus dosa terus menyerlah pada tahap ke3. ketika ini, diri menjadi seronok dgn nya. pahit dosa yg disesalinya dulu bertukar menjadi nikmat yg seronok dan indah dimata. rutin hariannya adalh mengisi hati dgn dosa. kini itulah penawar hati bg diri.

tahap 4. moga Allah melindungi kita darinya. pada tahap ini, hati sebenarnya sdg tenat. diri menjadi pembela pada dosa. jika ada pembela agama yg bercakap ttg akhirat dan kiamat, pejuang dosa itu pun bangun menentangnya dgn seluruh upaya dan kudrat.

 “dan sesiapa di dunia ini buta hatinya, maka diakhirat nanti juga akan buta, dan lebih sesat lagi jalannya” (al-Isra`:72)

 

 

hati kita berada dimana?? masih mampu menangis kerana tertinggal satu amal kebaikan atau ketawa habis-habisan kerana berjaya melakukan dosa dengan penuh kebongkakan.

sabda RasulAllah SAW ” siapa yg merasa senang dgn amal kebaikannya, dan merasa sedih atau menyesal atas perbuatan dosanya, maka dia seorng mukmin (beriman)” – riwayat al-Tabrani.

 

apa yg lebih penting … ILMU ttg DOSA.

jika diri tidak mampu membezakn mana satu dosa mana satu pahala, segalanya akan jadi indah dipandang bukan sahaja dimata zahir tapi lebih parah dimata hati nya. patut lah kenapa Allah mengangkat darjat mereka yg berilmu begitu tinggi, kerana tuntutan mencari ilmu bisa memungkinkan DIRI menjaga HATI. kenapa setakat “memungkinkan” ??. kerana ada yg berilmu tinggi tp hatinya juga mati. mohon muhasabah diri, kenapa itu blh terjadi.

berhati-hatilah menjaga hati ..

bagaimana ingin menjaga/merawat hati ??

(aik soalan sama dlm post bhg I, huhu sambung nt la ek. daa lewat mlm daa)

 

51:56 July 18, 2009

Filed under: Uncategorized — nurfarhana @ 7:07 pm

(52:56)

 

 

Dgn nama Allah sebagai pembuka bicara.

51:56

ayat yg biasa didengari, sering diungkapi, namun jarang dihayati, selalu dilupai, seringkali dimungkiri.

ayat yg memberi panduan erti sebenar hidup dimuka bumi ini.

bg yg masih ada HATI, ayat ini pengubat kecewa diri bila diuji, pengingat diri dikala langkahnya lari dari Ilahi.

segalanya dari Allah, untuk Allah, kerana Allah.. inilah kamus hidup hamba abdi Ilahi.

bukan kerana mu kekasih hati yg ku puja.

bukan kerana nak lulus xm semata.

bukan jua sekadar untuk hidup selesa dan gumbira.

bukan untuk mu Malaysia.

tp kerana DIA.

 

pesan Imam Ghazali ;

” carilah hatimu pada tiga perkara ini,

sewaktu kamu membaca kitab suci Al-Quran nur-kareem,

jika tak diketemui, carilah ketika kamu sujud menghadap Ilahi (solat),

jika tak juga kamu temui, carilah ketika kamu duduk bertafakur mengingati mati.

sekiranya tidak juga kamu temui, berdoalah

pohonlah HATI yg baru, kerana ketika itu, kamu tidak mempunyai HATI.

 

ada apa pd hati ??

sesungguhnya, seruan 51:56 bermula dari HATI.

iman letaknya disini (HATI).

sabda Nabi ” … dalam diri manusia itu ada seketul daging, yg dimana jika baik daging itu maka baiklah seluruh jasadnya, tapi jika buruk daging itu maka buruklah seluruh jasadnya. daging itu adalah HATI”

bagaimana ingin menjaga hati ..

 

(sambung nt ye .. daa nk maghrib daa)