VitaminB CoMpleX

ku syukuri nikmat dan rahmat Ilahi, yang tak pernah putus diri ini memiliki, moga diri terus berdiri, melangkah dan gagah berlari, mengejar cita-cita nan suci, dalam mencari redhaMu ya Rabbi ..

Ahlan Ramadhan Al-Mubarak August 31, 2009

Filed under: Uncategorized — nurfarhana @ 12:49 pm

Ramadhan – di awalnya adalah Rahmat, di tengahnya maghfirah (keampuanan) di hujung nya pelepasan dari api neraka.

subhanAllah, tidak ada bulan yg seindah dan seistimewa bulan Ramadhan. hingga ada pecahan2 hari yg membawa pelbagai tawaran menarik disediakan buat mereka yg rakus berpesta ibadah dibulan ini.

bulan yg dinanti dan dirai oleh hamba2 yg mengharap kasih-Nya.

 

alhamdulillah kita masih diberi kesempatan untuk melewati gerbang ramadhan.

cepat rasanya masa berlalu.. hari ni dah masuk hari yg ke 10 berada dalam bulan tarbiyyah yg indah.

fasa tawaran maghfirah sudah tiba.

 

tapi checklist amal masih tak memuaskan.

berkejar dgn student life yg hectic,

lecture notes yg bersih tak berbelek,

kesihatan yg kadang tak mengizinkan,

amal yg kurang,

ibadah yg masih di takuk lama,

sedekah mcm tak buat lagi,

quran pn blom sampai 20 juzuk ni,

adeeh … kalau nak list mmg panjang.

 

TAPI .. apa yg penting ???

USAHA kearah yg lebih baik.setakat KEMAHUAN tak jalan.

sabda Rasul ” kebaikan generasi pertama umat ini kerana adanya sifat SYAHID dan KEIMANAN yg kuat dan binasanya generasi terakhir umat ini kerana adanya sifat BAKHIL dan banyak BERANGAN-ANGAN ” (Bukhari dan Muslim )

Iman mendorong amal. sekadar kemahuan hanya akan mencipta angan-angan.

 

Jom sama2 kita berusaha perbaiki dan pertingkatkan iman & amal, moga Ramadhan kali ini tidak kita laluinya dgn sia-sia.

kerana Ramadhan depan belum pasti kita akan ketemuanya.

wallahualam.

 

p/s – sekadar peringtan pd diri (-_-‘)

Advertisements