VitaminB CoMpleX

ku syukuri nikmat dan rahmat Ilahi, yang tak pernah putus diri ini memiliki, moga diri terus berdiri, melangkah dan gagah berlari, mengejar cita-cita nan suci, dalam mencari redhaMu ya Rabbi ..

ribuan langkah kau tapaki October 24, 2009

Filed under: Uncategorized — nurfarhana @ 6:52 pm

Ribuan langkah kau tapaki

Plosok negri kau sembangi,

ribuan langkah kau tapaki

Plosok negri kau sembangi,

 

Tanpa kenal lelah jemu

sampaikan firman Tuhan mu,

Tanpa kenal lelah jemu

sampaikan firman Tuhanmu …

( ikim-petikan lagu dari filem Sang Murabbi )

 

————————————————————————————————————————————————-

alhamdulillah ..

it was quite awhile i didnt post anything in this blog. so sorry. time do really restrict me from even turning-on this laptop. hehe skeeping lak .. berabuk tul. terbwk2 speaking nih cz  i’ve got foreigner patient for Root Canal Treatment (RCT). sometimes it was quite hard to make a sound conversation wif him. hehe still try to improve that.

————————————————————————————————————————————————-

 

“ribuan langkah kau tapaki”

sudah beribukah langkah kita dijalan “ini” ?? . mungkin lebih banyak berhenti. atau langkahnya kdg2 lari. dihambat dgn nikmat duniawi, diri selalu rugi dlm merebut ganjaran ukhrawi. bz .. bz .. bz .. itulah alasan untuk menyepi dari rancak menyampaikan seruan Ilahi.

jom semak diri :

– seronok bersembang atau hati resah coz tak solat lagi ??

– seronok mlm2 free atau terisi ??

 

Sudah berapa banyak sumbangan kita untuk Islam?. sudah layakkah kita mendambakan syurga dgn amalan kita yg sedia ada sekarang?. sudah terhapuskah dosa2 kita yg banyaknya seperti butiran pasir di lautan?.

Abu Bakar As-Siddiq. sahabat nabi yg paling dicintai. bila dtgnya seruan jihad pada Perang Tabuk, diberikan semua hartanya sehingga tiada yg tinggal. bertanya RasulAllah saw, “apakah yg kamu tinggal kan kepada anak dan isterimu”. jawab Abu Bakar ” Allah dan RasulNya”.

Subhanallah. banarlah sabda Nabi. sekiranya ditimbang keimanan Abu Bakar dgn keimanan seluruh umat manusia maka lebih berat keimanan Abu Bakar As-Siddiq. brape gram kah pula iman kita (-_-‘)

 

 

“plosok negri kau sembangi”

nak ke majlis ilmu pun masih berat hati, apa lagi menyelusuri sawah denai untuk menyampaikan seruan Ilahi..

 

 

“tanpa kenal lelah jemu

sampaikan firman Tuhanmu”

bersemangatlah wahai ansarullah !!!

terus thabat dan berjuang. Allah dan Islam tidak memerlukan kita. tapi kitalah yg memerlukan kedua-duanya.

perbanyakkanlah doa. sesungguhnya doa adalah senjata yg paling ampuh umat Islam.

seruan keindahan Islam mesti diperhebatkan. tiada masa untuk mengeluh dan duduk berpangku tangan.

diri mesti kehadapan dan terus berjuang.

selalulah perbaharui niat lillahita’ala.

kerana jika salah niat, semuanya jadi sia-sia.

kita sentiasa berlumba dgn masa dan sedarlah masa tidak pernah menunggu kita.ketahuilah maut adalah pengakhirannya.

teguhkan hatimu dan bersabarlah.

sesungguhnya hanya syurga sebaik-baik tempat kembali.

 

wallahualam

 

“Allahumma thabit qulubana ‘aladinik wa’ala to’aatiq ya Allah”