VitaminB CoMpleX

ku syukuri nikmat dan rahmat Ilahi, yang tak pernah putus diri ini memiliki, moga diri terus berdiri, melangkah dan gagah berlari, mengejar cita-cita nan suci, dalam mencari redhaMu ya Rabbi ..

Ayuh Maju !! November 22, 2009

Filed under: Uncategorized — nurfarhana @ 2:07 pm

Assalamualaikum semua .. =)

 

Di Muzakarah SISMA ’09, sedikit perkongsian dari M’cik Asmah ;

– when people see you, they should see the beauty of Islam

– perlu ada PERsediaan dan juga perlu ada KEsediaan

– berpaksi dan beraksi pada isu atau prinsip?

– syariah penyelesaian masalah

– kita hendaklah menjadi part of solution not part of problems

– focus on solution not on the problems

– must be able in handling multitask

– work on ur SP to reach misi

– know what u are facing ahead, so that u are ready to handle and driven it

– output base is the quantity, but the outcome base is the quality

– work-life balance, u need it through disciplines

——————————–^^,———————————–

 

Wahai Ansarullah !!

Islam pasti menang. siapa yg ingin berada dibarisan yg bakal memenangkan nya, AYUH KITA MAJU.. tiada henti tapaki jalan perjuangan.

Bukan mengharap pujian dan kata2 indah, jauh sekali hamparan carpet merah..tp REDHANYA untuk SYURGA yg hebatnya menjangkaui khayalan.

Sapu ketepi perkara2 remeh yg merungsingkan. Pedulikan amanah dan misi yg perlu dikerjakan.

Berehat jika iman memerlukan, tapi jangan dibiar ia layu kerana sentuhan cinta dugaan.

(Muhammad : 7)

Doa itulah senjatanya. kerana yg bisa membenarkan segalanya adalah Dia.

Mantapkan iman, tegarkan hati, kerahkan kudrat, kuak kan langkah … AYUH MAJU !!

ALLAHUAKBAR !!!

 

 

p/s : amanat dari ukht Husna..”kita kena jadi bowl”. hehe jzklh (^^,)

Advertisements
 

Redha noktah Jawapan November 13, 2009

Filed under: Uncategorized — nurfarhana @ 5:02 pm

Alhamdulillah,

dgn izin Allah sisa ptg yg terluang ini selepas melalui seminggu yg penuh dgn pelbagai pengalaman dan coretan, aku masih bisa menulis untuk menyampaikan kpd mereka yg ingin mengetahui.

“ballighuanni walaw ayah” .. sabda Rasul saw.

 

Isnin – clinic untuk rawatan akar (root canal treatment,RCT). alhamdulillah, patient complience untuk datang. tapi sedih nye, aku tak sempat nak obturate (final step for RCT) sebab terlalu lama masa diambil untuk prepare the canal since his canal is sclerosed. kecewa, kerana setiap sesi klinikal amat berharga untuk mengumpul point markah (continuess assessment) yg akan menentukan u will be barred to sit for the final xm or not.

timbul dihati suatu persoalan. kenapa org lain dapat case yg senang tp aku tak ???

Ana, sabarlah, Allah nk bg kau pengalamn menarik dgn case yg susah skit, tenang lah.. pujuk hati.

 

Rabu – 2pm. ” Maaf Farhana, sy memang nk dtg, tp tiba2 ada meeting ISO”. msg dari seorang patient RPD ( partial denture) aku. masyaAllah.. tergamam. sepatutnya aku nak present case dia dan nak buat competency test denture design hari ni. aku cuba call patient lain, tp pn sama tak boleh dtg.

lagi persoalan timbul. kenapa patient org lain complience je nk dtg treatment?? kenapa patient aku tak??.

hati kata, sabarlah.

Ptgnya, aku terima msg dari seorng sahabat. “Ana, aku takut la. requirement clinic x cukup. sempat ke nak kejar?? kalo aku kena repeat year.. kesian la kat mak ayah aku.”

MasyaAllah..kte same sahabatku, huhu. nak je ckp kt die. tp tak sampai hati nk bebankan die ngn masalah aku plak.jd dgn kekuatan yg ada, nasihat ku hulurkan sebagai bantuan dan sokongn. sebenarnya, aku lebih2 memerlukan, huhuhu (T-T).

 

Jumaat

Alhamdulillah. hari ni rasa sihat skit. dah seminggu demam, dgn kepala yg berdenyut2 setiap hari, adeh..kafarah2.

tgh mkn kat cafe, dtg seorng senior bertegur sapa. sembang pny sembang, terkeluar ttg isu2 requirement clinics.

” Ana, akak dulu sebulan, tak dpt nk ckp ttg ni. akak asyik tanya kenapa??. mcm ni akk hidup selama ni. 6 bulan extend kerana 1 crown. tp bila kita tanya.. terus bertanya, kita tak jumpa jawapannya. kita sbg yg faham, semua ni adalah qada` dan qadar … dan kita, kita redha lah.itulah jwpn nya. yg penting, Ana jgn lupa doa. usaha mmg kita usaha. tp bila diuji tu, bersabarlah dan jgn sesekali berputus asa. sesungguhnya Allah jualah penentu segalanya”.

Terima kasih akak..Sayu melihat seorng senior yg sgt tabah. diuji Allah extend 6 bulan kerana requirement yg tak mencukupi. air matanya, jernih, menitis. dan aku jua.

 

  bukan tidak aku usahakan. bukan tidak aku doakan. bukan tidak aku fikirkan. bukan tidak aku rancangkan. bukan tidak aku inginkan.. seumpama segala yg mampu telah aku kudratkan. tp kenapa??

 

Kenapa ??

Redha lah..

Noktah kepada pencarianku kepada persoalan KENAPA..

 

 

” Ketahuilah, sesungguhnya kehidupan dunia hanyalah permainan dan senda gurauan, perhiasan dan saling berbangga di antara kamu serta berlumba dalam kekayaan dan anak keturunan, seperti hujan yg tan-tanamannya mengangumkan para petani ; kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu melihat warnanya kuning kemudian hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yg keras dan ampunan dari Allah serta keredhaan-Nya. Dan kehidupan dunia tidak laina hanyalah kesenangan yg palsu”

” berlumba-lumbalah kamu untuk mendapat keampunan dari Tuhanmu dan syurga yg luasnya seluas langit dan bumi, yg disediakan bagi org2 yg beriman kpd Allah dan Rasul-nya. Itulah karunia Allah yg diberikan kpd siapa yg Dia kehendaki. Dan Allah mempunyai karunia yg besar’.

“Setiap bencana yg menimpa dibumi dan yg menimpa dirimu sendiri, semuanya telah tertulis dalam ktab (Lauh Mahfuz) sebelum Kami wujudnyanya. Sungguh, yg demikian itu mudah bagi Allah”

“Agar kamu tidak bersedih hati terhadap apa yg luput dari kamu, dan tidak pula terlalu gembira terhadap apa yg diberikan Nya kapadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap diri yg sombong dan membanggakan diri”  ( Al-Hadid : 20-23 )

 

“…sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri ..” (R-Ra’d :11)

 

” Tuhanmu lebih mengetahui tentang mu ..” ( Al-Isra`:54)

 

” .. Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah..” (Az-Zumar :53)

 

 

 

 

Redha bukan bermaksud menyerah.

Redha bererti tidak mengenal kalah.

Redha itu saringan ikhlas.

Redha itu ketenangan,

pada redha kita beroleh kekuatan

dan pada redha jualah jalan

  kemenangan atau kesyahidan..

 

 

 

K.H.A.W.I.N November 1, 2009

Filed under: Uncategorized — nurfarhana @ 2:23 am

marriage

Scene 1

Pada suatu malam, dihujung2 waktu usrah ..

ET : k.ana, nanti tentu ermm naqibah akak carikan jodoh kan?

Ana : erk.. (terkezut)

Aisyah : kan ada ayat dlm Al-Quran “lelaki baik untuk perempuan yg baik”

Ana : emm .. (masih kelu)

ET : abang saya kata, rugi perempuan yg baik2 ni x khawin awal

Ana : (-_-“)

Scene 2

Disuatu petang ..

ding2 .. ( 1 massage received )

k.nisak : … akk tggu awk khawin dulu, hehe. jom la dtg raya rumah. adik akk balik raya tahun ni.

Ana : haha, akk  carikan la calon. insyaAllah berkesempatn, ana dtg.

k.nisak : calon?? nanti akk tgk brape org que untuk adik akk .. hahaha.

Ana : hihi, xde calon lain ke akk??

Scene 3

Suatu petang, ketika konvoi raya bersama akhwat PPUKM to rumah ukht Husna ..

Nazirah : nak khawin !!!

Ana : ( terkejut, sampai over pijak brake .. huuh alhamdulillah traffic light merah )

Niza : sabar2, kita tggu Ana khawin dulu.

Ana : hehe.. mana boleh, nt langkau bendul.

Nazirah : eh a’ah laa .. hehe

Niza : xpe2 kami x kisah.

Ana : (adeeh)

Scene 4

Ketika bersembang dgn kakak yg first time balik raya tahun ni ..

Along : huhu .. nk khawin, tp xde calon.

Ana : erk ..

Along : kawan2 aku ramai dah khawin. huhu tgk2 ko yg khawin dulu. eh xblh, x blh.. langkau bendul .. haha

Ana : insyaAllah MASA ITU akan tiba (cewaah ..)

Scene 5

Suatu malam dibilik Uswani ..

Wani : weh .. weh ko tau x ada akk yg dah grad tu nak khawin

Ana : (khawin lagi ..??) (T-T)

 

—————-@——————

 

Itulah beberapa scene ringkas yg ingat samar2 je sbenarnya. (sumber masih boleh dipercayai).

Rupanya, baru ana perasan. setiap kali topic ini dibicarakan, ana kelu lidah untuk berkata2, blank otak untuk memerah idea, terkedu terus langkah seketika.

isu ini bukan tidak penting. malah menjadi genting buat yg sudah dipermudahkn Allah jalan untuk menaiki MARATIB AMAL seterusnya, iaitu BAITUL MUSLIM.

tp mgk kerana diri terlalu sibuk dgn rutin harian (insyaAllah jd ibadat .. ameen), hingga kurang peka ttg HOT TOPIC dikalangan siswa-siswi umur2 mcm ana ni. namun alhamdulillah, KURANG PEKA tak bermaksud TIDAK PEDULI.

Yelah tuu ..

 

back to the basic, the most, the very most (vocab yg salah) apa sahaja yg dilakukan, niatnya mestilah Lillahita’ala. bukan suka2. apatah lagi saje2. mentransformasikan diri dari hidup sorang kini berdua, menuntut kepada pengorbanan kerana bertambahnya tanggungjawab. tanggungjawab adalah amanah. dan amanah akan dibicarakan.

 

bekal diri ?? tentulah ilmu. dari segenap aspek. dari yg paling crucial to the very simple2 je. crucial = ilmu agama yg berkisar ttg rumah tangga. bukan teori buku2 semata. memandu bahtera biar guna manual yg dah disediakan oleh Pencipta kapal, laut dan udara. baru tahu mcm mn betulkn arah layar ketika angin kencang, menampal mana2 bahagian kapal yg bocor,  mana perlu bersauh dilaut yg tenang.

 

least important (but still ada perkataan important, kire important laa) ilmu2 untuk mensmoothkan lg suasana ketika melayari bahtera. cth : suami, kena tahu gak masak.. in case si isteri sakit terlantar, hilang risau isteri, dah makan ke belum si suami (tgk, betapa penyayang nye seorg isteri, hehehe). isteri pulak, apa salah nya tahu serba sedikit ttg selok belok kereta. mana nak isi air, mcm mn nk pum angin tayar etc. hilang risau suami kerana isteri bisa berdikari.

Owhh .. hebaaat. nk blajar repair kete la, nt blh tlg repair kete suami..ekonomi2

Namun hak tidak boleh dinafikan. tp tgjwb mgk masih blh disyura kan. bukan ingin mempertikaikan, tp ingin meringankan. kata nk mahligai yg RAHMAH, MAWADDAH..

Mahu sih .. ameen

 

Qalbu ini milik Dia. kasih dan sayang adalah rahmat dariNya. setia mendengar keluhan suara hati hamba2 yg dahaga cinta dari yg Maha Mencipta. sentiasa memberi namun tak pernah meminta. berjanji memberi kekuatan dan perlindungan kpd yg beriman walaupun diri tak jemu melakukan kesilapan..(Ali Imran : 150)

yg sentiasa disisi, dan tak pernah meninggalkan.

 jadi selayak-layak cinta hanyalah untuk DIA, Allah.

dicipta Hawa menjadi peneman sunyi, rakan bicara berkongsi bagi Nabi Adam. namun cintanya pd Hawa tak pernah melebihi cintanya pada Allah yg Maha Memberi, rasa cinta itu sungguh disyukuri.

 

Diciptakan Hawa dari tulang rusuk nabi Adam. bukan dari kepala untuk dijunjung, bukan dari kaki untuk dialasi. namun dekat dihati untuk dilindungi.. (bait2 nasyid, lupo lak sapo nyanyi eh)

hehe .. layann

 

 

Oleh kerana ana kurang arif (betul2 x arif sbenarnye) ttg entry pd kali ini (-_-“), dgn bangga nya, ana list kan beberapa link yg insyaAllah berguna buat semua..yg blom bercadang, yg berkemungkinan, yg bakal, yg keliru, yg dah pun, dan yg sewaktu dgnya.

 

Kemudi Hati oleh Ust Pahrol : http://genta-rasa.com/2009/05/31/bahagia-itu-bila-membahagiakan/

Perkongisian menarik oleh Ukht Anfal ttg pendidikan anak2 : http://didikcinta.blogspot.com/2009/02/anger-management.html

Erti Sebuah Perkhawinan, Saifulislam : http://saifulislam.com/?p=75

Entry khas oleh Bro Faiz : http://mohdfais.net/?p=496

 

lillahita'ala

marriage for da`wah

 

p/s : robbana hablana min azwajina wazurriyyatina qurrat’ayun waj ‘alna lilmuttaqinaimama.. ameen