VitaminB CoMpleX

ku syukuri nikmat dan rahmat Ilahi, yang tak pernah putus diri ini memiliki, moga diri terus berdiri, melangkah dan gagah berlari, mengejar cita-cita nan suci, dalam mencari redhaMu ya Rabbi ..

Barisan Hadapan February 18, 2010

Filed under: Uncategorized — nurfarhana @ 6:28 pm

Bila berbicara mengenai perjuangan, terasa kerdil dan tiada layak untuk mengutarakan pendapat. kerana, perjuangn yg ditempuh terasa kecil berbanding mereka dilapangan sana.

jom join usrah

Setiap dari kita, Allah pilih dan aturkan ditempat yg Dia rasakan kita mampu dan layak. Jadi seharusnya kita, menyahut dan terus menapak dalam medan kita masing2 dalam erti berjuang unutk memenangkn Islam. Ini kerja besar, dan ianya bisa digerakkan dgn amal2 kita. Walau dlm medan mana kita berada, kehadapanlah menjadi mereka yg tidk gentar dan berusaha sehabis kudrat dan keringat. Awal dan akhir perjuangan kita tentulah tawakkal. Berserah kepada yg menentukan.

Berada dibarisan hadapan, punya terlalu banyak risiko. masakan tidak. tombak, panah mahupun balingan maut yg dilemparkan, nak tak nak akn menepati sasaran yg berada di saf hadapan. Usah gentar, kerana dibelakang kita masih punya ramai pejuang yg akan terus mara kehadapan. Mengundur bukan suatu pilihan. Tidak mahukah kita menjadi antara pahlawan handalan yg berada dihadapan yg memenangkan Islam ??. Silap besar jika ingin berada dihadapan sekadar untuk berasa bangga kerana dilihat hebat, berjuang bagai tiada tandingan.

Ingatlah, bukan kita yg memulakan perjuangan ini dan bukan kita yg akan mengakhirinya. Namun marilah kita menjadi antara mereka yg berada dihadapan tika peluang untuk berjuang masih tersedia.. Kerana saf-saf kita panjangnya merentasi jangakuan manusia.. terlalu cukup unutk semuanya berada dihadapan, jika kita memilihnya.

Advertisements
 

kerana apa ?? February 7, 2010

Filed under: Uncategorized — nurfarhana @ 10:54 pm

bismillah ar-rahman ar-rahim..

 

sunnah org berjuang itu, susah, payah, sakit dan perit.

kenapa nk susah-susah??

kamu boleh ubah dunia ke kalau berdakwah??

penat2, tp xde pon yg berhasil..

kalo ade pon, sorng dua je yg bergerak.

ajak byk kali pon, xnk jgk.

penat aah ..

kerana apa sbenarnya kita bergerak, berdakwah, meng islah and all sort of terms can be used.

kalau kerana dunia, sori .. x byk pulangan nya.

kalau kerana kwn semata .. susahlah cz xkn selamanya kita bersama dia.

kalau kerana hobi, hurm … x valid nih sbb kerjanya full-time gituh.

kalau kerana saja2 .. x payah lah.

kalau kerana org suruh .. semangatnya mudah pudar.

kalau kerana nk cari “calon” yg soleh solehah .. itu je lah yg kamu akn dpt.

kerana apa??

 

kerana aku ..

hanyalah seorng hamba,yg mencari redha Nya

mengharap ampunan dan syurgaNya,

takut akn azab siksa Nya

dan cinta pada Nya dgn sebenar2 cinta

sebagai seorng hamba.

jd bg diri yg ingin bergelar sbg  mujahidin, jgn pernah lelah dan jemu untuk terus mendaki jln dakwah ini.

setiap ruang dan peluang, gunakanlah.

bersabarlah dan teruskan lah berjuang.. (ali Imran : 146)

bertaqwa dan bertawakkal lah.

sungguh Islam itu pasti menang..

wallahualam..

R&R Dunia

 

AKU SIBUK !! (post oleh Ukht Damia) February 1, 2010

Filed under: Uncategorized — nurfarhana @ 3:55 pm

In the Name of Allah, Most Gracious n Merciful

Segala puji hanya bagi-Mu Ya Allah, di genggaman-Mu segala apa yang ada di alam, Engkau Yang Maha Pengampun atas segala dosa dan kesalahan, Maha Penerima Taubat dari hamba-Mu yang bertaubat, Engkau Yang Maha Dahsyat siksa-Mu, Engkau Yang Maha Luas Kurnia-Mu, Tiada Ilah Yang Haq kecuali Engkau, Kepada-Mu Ya Allah kami semua akan kembali.
Alhamdulillah, masih dikurniakan kekuatan untuk mencoret sesuatu disini. Setelah beberapa ketika menyaksikan peperangan antara sang hati dengan sang akal. Masing-masing mengemukakan hujah tersendiri. Menyatakan baik buruknya pendapat dan pendirian mereka. Alhamdulillah, dihadirkan iman yang berperanan sebagai hakim tepat pada masanya.

Merenung kembali hakikat kejadian hidup ini, terasa seakan-akan mahu selamanya bersujud menghadap yang Maha Esa. Menggunung nikmat yang dikurniakan buat diri sehingga tak terjangkau oleh sang akal untuk menghitungnya. Namun kedurhakaan sekalipun tak pernah lekang dari diri. Seolah-olah begitu akrab sekali dengan jasad. Diberi seribu nikmat, dibalas cuma dengan satu kesyukuran dan selebihnya lagi kedurhakaan. Astaghfirullahalazhim3x…

Disaat genting sebegini, Alhamdulillah hati telah diketuk dan masih diberi peluang untuk bermuhasabah serta menghitung kembali berapa banyak syukur yang telah tertabur sepanjang hayatku ini. Menyoroti kembali perjalanan hidup yang indah walaupun hakikatnya pahit saat ditempuh, memaksa akal untuk berfungsi sepenuhnya. Melihat kembali betapa luasnya kasih sayang Dia buat hamba-hamba-Nya. Begitu cantik perjalanan hidup yg diaturkan-Nya. Walaupun adakalanya hati yang lemah ini begitu mudah merungut dengan mehnah-mehnah yang terhidang. Namun semuanya itu tak pernah sekalipun ditinggalkan-Nya tanpa sebarang hikmah bagi orang-orang yang berfikir.

Teringat pada penulisan yang lalu, malu sendiri dibuatnya. Malu merasakan diri terlalu sibuk sehingga menjadikannya sebagai alasan atas setiap taklifan yang tak terlaksana. Seolah-olah diri inilah insan yang paling sibuk dimuka bumi Allah ini. Paling penat dan paling banyak tugas yang perlu diselesaikan. Padahal terlalu jauh diriku, ibarat langit dan bumi jika nak dibandingkan dengan tugasan-tugasan yang ada pada para pemimpin, ulama’, ustaz ustazah serta ikhwah akhawat para daie yang terlebih dahulu menerima amanah ini sebelumku. Dan sememangnya tak tertanding langsung dengan kesibukan Kekasih-kekasih Allah, para Rasul yang menerima amanah secara langsung dari-Nya. Kesibukan Nabi Sulaiman yang mengurus dan memerintah kerajaan manusia, jin dan haiwan serta yang paling ketara sekali kesibukkan pada tubuh perkasa Rasulullah saw yang telah membangun negara Islam pertama dan menyebarkannya keseluruh pelusuk dunia. Bukan satu tugas yang mudah tanpa kemudahan-kemudahan yang ada seperti di zaman ini..

 
“Adakah kita menyangka bahawa mujahid-mujahid dakwah yang telah berhempas pulas mengorbankan masa, tenaga, harta malahan jiwa di jalan Allah selama ini bukan di kalangan pelajar atau pekerja seperti kita? Yang tidak pernah disibukkan dengan urusan belajar dan pekerjaan? Sungguh tertipulah kita..

Katakan saja yang kita tidak cintakan Islam, kerana jika benar kita cintakan Islam, mana mungkin semudah dan semurah itu alasan akan kita berikan. Janganlah kita menghina para mujahid da’wah, seakan-akan mereka ini tidak pernah sibuk hinggakan sentiasa mempunyai masa untuk diberikannya pada jalan ALLAH.

Janganlah kita menghina Abu Bakar as-Siddiq R.A, Umar al-Khattab R.A, dan sahabat-sahabat lain R.A, para tabi’in, tabi’ tabi’in, Hassan al-Banna, Yusuf al-Qaradhawi, dan lain-lain, yang hidup mereka full time sebagai pendakwah, sedang part time mereka sebagai pelajar, guru, atau peniaga, atau engineer dan sebagainya, dengan menganggap mereka-mereka ini tidak pernah bertembung dengan kesibukan duniawi. Mereka juga sibuk, tapi cinta mereka pada ALLAH, Rasul dan Islam mengatasi kesibukan duniawi mereka..”

[Petikan daripada entri yang lalu – sengaja dipaparkan semula, moga terkesan pada hati yg sering lupa]

 
Teringat suatu masa dulu, pernah bertekad untuk tidak ‘memperasankan diri’ dengan kesibukkan yang berlaku walau sedasyat mana pun sibuk yang aku alami. Namun adakalanya aku kalah dan sering lupa pada tekadku itu. Moga kesilapan itu tidak akan menghapuskan amalan-amalanku. Juga berharap agar ada yang menegur jika suatu hari nanti aku cuba menolak untuk melakukan sesuatu tugas demi agama dan pembangunan ummah ini dengan alasan sibuk. Teramat memerlukan peringatan seperti itu dari sahabat-sahabat yang dikasihi Lillahi Ta’ala.

“Sesungguhnya, hatimu jika tidak disibukkan dengan urusan ketaatan, maka ia akan disibukkan dgn perkara batil yang sia-sia”
Alhamdulillah, syukur dihadirkan rasa seronok dan terhibur dengan nikmat istimewa yang dikurniakan ini sehingga tiada lagi masa untuk bermaksiat dan tidak disibukkan dengan hal-hal yang tiada kaitan dengan taklifan agung ini.

Moga peringatan sebegini dapat menyedarkan kembali siapa aku dan apa yang telah diamanahkan oleh Al-Khaliq kepadaku. Moga tidak ditarik nyawaku saat aku mengabaikannya.

” Pimpinlah aku dalam setiap urusanku, moga segala yang kulakukan mendapat redha-Mu..”
Amiin Ya Robb..
 

Filed under: Uncategorized — nurfarhana @ 3:29 pm

 

Dimanakah Akhirnya ??

Filed under: Uncategorized — nurfarhana @ 2:42 pm

 

p/s : pic mase rehlah akhwat .. ramai lg tu sbenarnya hehe. the scenary looks awesome.

Alhamdulillah.

kesampaian juga nk post a new post here. Lame benor dah x mengepost.

Pejam celik .. dah 2010 !! dah habis pon bulan pertama untuk tahun ni.

Kanak2 dah jadi remaja,

yg remaja dah jd belia,

belia jadi dewasa,

yg dewasa jd tua

dan yg tua .. makin tua.

Dimana Akhirnya ???

 

saje nk provoke. ianya soalan terbuka untuk semua perkara.

boleh jd maksudnya, bile nk habis belajar ni??

bile nk kuar dari sini?? x habis2 ke “kerja” dlm hidup ni??

sampai bila nk “hidup” mcm ni??

nt nk keje mn ye??

dan mcm2 lg soalan2 yg mencari jawapan … dimana akhirnya atau ape kesudahan nya.

Yang jarang kite ingat yg selalu kita lupa .. Dimana Akhirnya hidup kita diakhirat nt?

Soalan yg bisa bikin semua org terkedu. Ramai juga yg mengelak. katanya “ish .. ape sebut2 pasal mati ni”

Takut agaknya. humm … itulah penyakit umat akhir zaman.

Cinta Dunia, Takut Mati.

Kata nabi, org yg bijak adalah org yg selalu ingat mati. bila ingat, kenalah bersedia.cari bekal secukupnya.

Jadi dah penuh ke bekal kita??

Takut2 bekal lama dah basi. ialah, anak Adam itukan x terlepas dari melakukan dosa.

Tapi sabda nabi ” setiap anak adam itu berdosa, dan sebaik2 anak adam yg berdosa itu adalah yg bertaubat kepada Allah”.

Hum .. Dimanakah Akhirnya ??