VitaminB CoMpleX

ku syukuri nikmat dan rahmat Ilahi, yang tak pernah putus diri ini memiliki, moga diri terus berdiri, melangkah dan gagah berlari, mengejar cita-cita nan suci, dalam mencari redhaMu ya Rabbi ..

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan August 10, 2010

Filed under: Uncategorized — nurfarhana @ 11:32 pm

Alhamdulillah, thumma alhamdulillah. Diberi Allah peluang untuk menjadi tetamu ramadhan pada tahun ini. Bulan mulia yg penuh barakah. Bulan dimana diturunkan Al-Quran, manual hidup setiap jiwa2 muslim. Bulan dimana mencatat sejarah perang pertama umat Islam memerangi musyrikin demi mempertahankan syiar Islam..itulah Ghazwah Badar al-Kubra juga ghazwah al-Yarmuk, al-Qadisiah, al-Hattin dan lain-lain lagi. Bulan yg mengandungi sebaik2 malam iaitu lailatu qadar, malam yg lebih baik dari seribu bulan.

Ia bulan yang membuka ruang kepada semua Umat Islam untuk  mempergandakan amal-amal soleh, ketaatan kepada Allah, yang akan mempergandakan pahala balasan amalan-amalan yang wajib sebanyak tujuh puluh kali ganda dan amal-amal sunat kepada pahala balasan amal-amal yang fardhu dan wajib. Satu gandaan yang amat luar biasa yang dibawa atau yang terkandung bersama-sama bulan Ramadhan yang penuh keberkatan. Ditutup pintu2 neraka dan dibuka seluas2nya pintu syurga.

SubhanAllah .. terlalu melimpah rahmat dan kasihNya pada bulan yg mulia ini. Persoalan nya, sedarkah kita ttg semua tawaran hangat ini? Alert kah dan berlumbakah kita untuk mendapatkan nya??? Sibuk kah kita menghitung amal2 yg telah dan bakal kita rebut di bulan yg tgh “SALE”  ini?? Tepuk dada tanya iman, tepuk dahi lu pikir la sendiri.. hehe.

Ramadhan, di awal nya rahmat, pertengahannya pengampunan (maghfirah) dan akhirnya dijauhkan dari api neraka. Pakej lengkap, impian setiap muslim.

 

 Allah s.w.t telah berfirman didalam al-Quran:

   ” ياأيها الذين آمنوا كتب عليكم الصيام كما كتب على الذين من قبلكم لعلكم تتقون ”          

           Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu ( ibadah ) puasa sebagaimana ia telah diwajibkan ke atas orang-orang  yang terdahulu daripada kamu, mudah-mudahan kamu mejadi orang-orang yang bertaqwa “ ( al-Baqarah, ayat 183)

Besar objektif puasa. Tarbiyyah intensif dari Allah bagi meninggikan darjat hamba2 Nya ke tingkatan muttaqin. Dapat naik pangkat, malah dapat naik gaji (gandaan pahala amal2 wajib) plus bonus lagi (pahala sunat = pahala amal wajib?? — Allahuakbar)..

Ingin qoute perumpamaan dari seorg shbt ttg bulan Ramadhan. Umpama sebuah mall tgh buat sale. Beli 1 dapat 10 free. Ada potongn 70% lagi. Kedai dibuka 24 jam selama sebulan, untuk beri laluan org dtg bila2 suka. Yg best, barang yg ingin dibeli pasti ada, xkan habis stok. Yang x tertarik.. tentu pelik. Kan?? Jadi jangan biarkan anda menjadi antara golongan pelik .. huuh pelik2.

Jadi macam mn nk sambut tetamu mulia ni, Ramadhan??

Pertama, kenali latar belakangnya. Baru tahu betapa istimewanya dia.. then baru tertarik. x gitu? Lepas tu sambut dia dgn penuh meriah. Semeriah menyambut sahabatnya Syawal pun apa salah nya. Malah dia lebih layak disambut kerana dia penuh istimewa. Dibawanya banyak tawaran dan hadiah buat kita, yg kita x dpt pada bulan2 yg lain. Tampallah didinding bilik kita ttg nya dan ttg tawaran amal mana yg kita nk dapat darinya. Layanlah dia dgn amal2 yg terbaik. Semoga kita peroleh hadiah yg dibawanya, insyaAllah.

Apa amal2 simple kita boleh buat??

1- Puasa semua anggota. Jaga mata dari melihat benda x sepatut nya. Jaga mulut dari mengumpat dan sewaktu dgn nya. Jaga hati, dari prasangka. Pendek kata semua anggota yg kita adalah ye.

2- Banykkan amal2 sunat. Suburkan bacaan Al-Quran. satu huruf pun dah sepuluh kali ganda pahalanya, apatah lagi satu ayat..satu surah .. satu Quran. Tarawih ( x jumpe kt bulan lain, rugi la kalo tak buat kan?)… sedekah … menjamu berbuka puasa, jgn lupa sahur dll.

3- Buat target amal. Cth : tahun ni nk khatam quran, x nk mengata org, nk qiamullail, terawih x nk tinggal, nk sedekah, makan berbuka berpada2 tidak membazir ( kalau kita berbuka pening nk pilih mknn apa, saudara kita di Palestin belum tentu ada makanan untuk berbuka T-T)

4- Banyakkanlah berdoa ^^,

Peringatan buat diri.

Selamat Menyambut Ramadhan Mubarak !!

 

Advertisements
 

2 Responses to “Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan”

  1. fareast Says:

    semoga Ramadhan kali ini yang terbaik untuk kita.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s