VitaminB CoMpleX

ku syukuri nikmat dan rahmat Ilahi, yang tak pernah putus diri ini memiliki, moga diri terus berdiri, melangkah dan gagah berlari, mengejar cita-cita nan suci, dalam mencari redhaMu ya Rabbi ..

Diperlekeh November 21, 2010

Filed under: Uncategorized — nurfarhana @ 12:51 am

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim.

Alhamdulillah.

Bagaimana khabarnya readers this blog?

Semoga dlm ketinggian iman, kesihatan yg baik dan dlm rahmat Allah sentiasa.

Sekadar berkongsi apa yg terlintas. Semoga ada manfaatnya.

Harap kita yg bergelar muslim penuh sedar bahawa kita adalah sebaik2 umat yg diciptakan jika kita menyuruh kepada yg ma’ruf dan mencegah yg mungkar.. yg bertaqwa .

Syarat yg ringkas namun sukar benar di adaptasi dalam rutin harian.

كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ

(110. You are the best of peoples ever raised up for mankind; you enjoin Al-Ma`ruf (all that Islam has ordained) and forbid Al-Munkar (all that Islam has forbidden), and you believe in Allah ..)

Jika kita memahami hakikat ini, harusnya kita merasa izzah dgn amanah yg dipertanggungjawabkan Allah kepada para muslim.

Kata As-Syahid Imam Hasan Al-Banna dlm himpunan risalahnya, Majmu’ Rasail .. umat Islam itu pemimpin dalam semua perkara.

Hanya rela menjadi peneraju atau bekerja, berjihad dan bersaing dalam semua perkara dalam bidang ilmu, kekuatan, kesihatan dan kewangan.

Apa hikmahnya saranan As-Syahid ini??

Mudah ..

Untuk melaksanakan amanah sebagai khalifatullah tadi, menjadi yg terbaik dalam bidang kita akan memberi kesan yg besar pula pada dakwah kita.

Ibarat naik tangga VS pakai lif .

Sama sampai cuma lebih mudah, bukan?

Sosok peribadi yang hebat (dgn izin Allah atas usaha) adalah cerminan kepada kehidupan yang disandarkan pada manual hidup yang tersusun mantap.

Biasan kepada Islam yang syumul dan lengkap.

Menjadi lif kepada dakwah kita.

Realiti fitrahnya, manusia suka menilai peribadi dalam menerima, lebih-lebih lagi dalam menyentuh aspek-aspek kehidupan dan keagamaan.

Bayangkan, seorang doktor menerangkan tentang bahaya zina VS seorang penggangur (no offense) cuba menasihati bahaya couple yang mendekati zina.

Bukanlah bermaksud semua muslim kena jadi doktor baru boleh menyampaikan tentang bahaya zina dengan baik.

Bermaksud, muslim itu perlu hebat walau dalam apa jua bidangnya.

Jika doktor .. doktor muslim yang pakar.

Jika usahawan .. usahawan yang jutawan.

Jika engineer .. engineer yang high class.

Jika pemandu .. pemandu yang berilmu.

Dunia hanyalah alat.

Alat yang seharusnya digunakan untuk kita lebih dekat pada Allah.

Digunakan untuk menjalankan amanah sama ada sebagai hamba Allah mahupun sebagai khalifah Allah.

Bukan untuk dibangga, bukan untuk dipulun untuk dibanding tara.

Tujuannya haruslah kerana Allah.

Rasa sedih dalam masa yang sama lawak jugak.

Masih ada orang yang menganggap Islam itu hanya di masjid, lemah dalam semua pekara, mundur, introvert, pemalu (tak bertempat), islam itu pada nasyid2 cintan pun ada.

Allahuakbar .. sedih.

Pandangan itu bukan sahaja dari non-muslims tapi dari saudara-saudara seagama yg liberal mgk, huuh.

Ayuh muslims .. jangan lagi kita diperlekeh kerana kita mengambil Islam secara kaffah (menyeluruh).

Akhirnya, yang diharap hanyalah redha Allah walau siapa pun kita.

Selamat menjadi muslim yang terbaik, insyaAllah!

Advertisements