VitaminB CoMpleX

ku syukuri nikmat dan rahmat Ilahi, yang tak pernah putus diri ini memiliki, moga diri terus berdiri, melangkah dan gagah berlari, mengejar cita-cita nan suci, dalam mencari redhaMu ya Rabbi ..

Dari Angah December 7, 2010

Filed under: Uncategorized — nurfarhana @ 1:23 am

يَـأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُواْ اسْتَعِينُواْ بِالصَّبْرِ وَالصَّلَوةِ إِنَّ اللَّهَ مَعَ الصَّـبِرِينَ

 O you who believe! Seek help in patience and As-Salah (the prayer).

Truly, Allah is with As-Sabirin (the patient).(2:153)

 

Hidup ini singkat. Sehari di dunia ibarat 1000 tahun diakhirat.

Yang lama dan kekal itulah akhirat.

Ramai yg tahu, ramai yg mengiakannya, tapi cukup sedikit yg bersiap untuk hidup disana.

Adik, dunia bagi seorang muslim ibarat penjara. Ada perintah dan larangannya. Ada manual lengkap yg perlu dipatuhi dan dituruti. Tidak boleh suka suki hidup sendiri.

Pada suatu hari Rasulullah berjalan bersama sahabat dan terlihat akan bangkai. Kata Rasulullah pada shbt2 baginda, dunia ini ibarat bangkai, tiada nilai jika tidak benar2 digunakan utnk mencapai tujuan dan matlamat yg betul.

إِنَّمَا الْحَيَوةُ الدُّنْيَا لَعِبٌ وَلَهْو

 ( This worldly life is only amusement and diversion) (47:36)

 

Jelas pada kita, dunia hanya persinggahan. Ladang bercucuk tanam untuk hasil akhirat.

Namun jalannya berliku dan memerlukan bekal. Ketahuilah makmum bagi ilmu itu adalah amal.

Jadi berbekallah dengan amal ibadah agar utuh kakimu berpijak saat angin bertiup kencang.

Adik, saat kamu lelah dan penat, mohonlah kekuatan dan thabat.

Saat hati merasa perit pedih, mohonlah keteguhan dan hikmah.

Saat kamu merasa jemu dan tepu, mohonlah tawadhu’ dan ikhlas.

Saat kamu tenang gembira, bersyukur dan tambahlah amal mu.

Jika hidup kita, kita katakan kerana Allah, hakikatnya hidup kita adalah untuk agama, untuk Islam.

Jadi apa sahaja yg kita lakukan, harus kita dahulukan kesannya pada Islam pada ummat.

Jika kita jelas hidup kita keseluruhannya untuk Allah untuk islam, harusnya sandaran perasaan dan usaha kita semata pada Allah.

Sedih, gembira,marah semuanya kerana Allah.

Kita berusaha juga kerana Allah.

Kita kena kaya bukan kerana kemahuan kita, tapi islam memerlukan dana untuk digerakkan.

Kita perlu berjaya dan bekerjaya bukan kerana kita mahukan, bukan kerana keperluan kita, tapi kerana Islam memerlukan bijak pandai untuk memperjuangkannya.

Matlamat yg jelas memungkinkan kita tegar saat dibelai ujian cinta Pencipta, kerana kita penuh sedar segalanya dari Allah dan Allah Maha mengetahui apa yg terbaik buat hamba2 Nya dan agamaNya. Sungguh Allah itu pada sangkaan hambaNya.

 

يأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُواْ إِن تَنصُرُواْ اللَّهَ يَنصُرْكُمْ وَيُثَبِّتْ أَقْدَامَكُمْ

(O you who believe! If you support (the cause of) Allah, He will support you and make your foothold firm.) (47:7)

 

 

“innallaha ma’assobirin”

Menyingkap seerah rasul tercinta saat Yaumul Furqan (Badar Qubra), kaum muslimin ketika itu sangat kekurangan dalam alatan persenjataan malah kurang dari bilangannya. Ar Rasul bersungguh-sungguh berdoa pada Allah dengan mengangkat tangan baginda sehingga jatuh selendangnya nmpak ketiaknya.

“ Ya Allah,berilah kemenangan kepada kaum muslimin. Kekalahan pada hari ini akan menyebabkan tidak akan ada lagi yg akan meng Esakan Mu”

Adakah rasulullah dan para muslimin turun dengan sekadar berdoa dan bertawakal?

Menang atau tak serahkan saja pada Allah.

Tidak sama sekali. Ar Rasul turun bersama dengan strategi. Hatta meletakkan khemah juga distrategikan.

Nah, ibrah dari seerah sangat hebat.

Mereka jelas tujuan yg mereka perjuangankn. Dan mereka berjuang habis2 habisan dengan segala kudrat, hikmah dan sumber yg mereka ada.

Begitulah kita adik.

Islam tidak boleh menerima mereka yg putus asa dan dan putus harapan.

Yg kita perjuangkn adalah kerana Islam. Jika kita benar2 ikhlas dan ingin meninggikan kalimah2 Nya, maka dengan izin Nya juga kita akan terus menerus tegar dan tabah.

 

وَكَأَيِّن مِّن نَّبِىٍّ قَاتَلَ مَعَهُ رِبِّيُّونَ كَثِيرٌ فَمَا وَهَنُواْ لِمَآ أَصَابَهُمْ فِى سَبِيلِ اللَّهِ وَمَا ضَعُفُواْ وَمَا اسْتَكَانُواْ وَاللَّهُ يُحِبُّ الصَّـبِرِينَ

(And many a Prophet fought and along with him many Ribbiyyun. But they never lost heart for that which befall them in Allah’s way, nor did nor they weaken nor degrade themselves. And Allah loves the patient.) (3:146)

 

Ayuh adik, semarakan semangat mu, tingkatkn imanmu, dan terus melaju.

Sungguh hati rasa mu sedang diuji.

Dan angah yakin kamu pasti akan mampu bangkit kembali.

 

 

لاَ يُكَلّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلاَّ وُسْعَهَا

Allah burdens not a person beyond his scope. (2:286)

 

 

وَالَّذِينَ جَـهَدُواْ فِينَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَا وَإِنَّ اللَّهَ لَمَعَ الْمُحْسِنِينَ

As for those who strive hard for Us (in Our cause), We will surely guide them to Our paths. And verily, Allah is with the doers of good (29:69)

 

Wallahualam.

Advertisements
 

8 Responses to “Dari Angah”

  1. saidah Says:

    “apa sahaja yg kita lakukan, harus kita dahulukan kesannya pada Islam pada ummat”

    “Islam tidak boleh menerima mereka yg putus asa dan dan putus harapan.
    Yg kita perjuangkn adalah kerana Islam. Jika kita benar2 ikhlas dan ingin meninggikan kalimah2 Nya, maka dengan izin Nya juga kita akan terus menerus tegar dan tabah.”

    few points taken,ana.
    jazakillah khoir.
    penulisan yang nampak biasa, tapi punya impact luar biasa.
    saling mendoakan, supaya sentiasa tsabat dan diberikan kekuatan.

  2. nurfarhana Says:

    hadir kegembiraan,ketenangan dan kekuatan,
    saat melihat sahabat2 seperjuangan.
    sama2 kita doakn.
    saidah madihah..
    sungguh, ana uhibbuki fillah.

    • mahli Says:

      adik faham…
      akan adik teruskan langkah kaki ini walau sekuat mana
      badai yang melanda,
      akan adik teruskan hidup ini walau pelbagai cabaran dan dugaan
      yang perlu ditempuh,
      selagi mana di dalam hati ini masih mempunyai keimanan dan keyakinan
      yang tinggi kepada Allah SWT..

      Yang adik pinta hanyalah doa daripada semua agar terus thabat
      dalam perjuangan ini…
      Kerana hanya ini sajalah jalan yg dapat memastikan kita berada di jalan
      jihad dan seterusnya mengecap syurga Allah…
      Perjuangan yang berlandaskan semangat semata2 tidak akan menjamin
      perjalanan kita yang penuh dgn liku ini…
      Sebaliknya, fikrah islamiyah yang jelas, keimanan serta ketaqwaan yang
      tinggi terhadap Allah SWT yang akan memastikan kita terus tegar di jalan ini…
      Ditambah pula dgn hadaf terakhir yang perlu dicapai..
      iaitulah mendapatkan mardhatillah…
      Mudah untuk mengatakannya, tetapi susah untuk melakukannya…
      Hanya doa dan usaha yang dapat kita lakukan..
      sebagai seorang hamba Allah yang kerdil dan hina…

      Moga kita sama2 dapat mengecap kebahagiaan didunia dan juga diakhirat…
      Jazakallah khairan jaza’

      • nurfarhana Says:

        fikrah yg jelas akan hadir bersamanya semangat, itu pasti.

        ” dan betapa banyak nabi yg berperang didampingi sejumlah besar
        dari pengikutnya yg BERTAQWA.
        mereka TIDAK (menjadi) LEMAH kerana bencana yg menimpanya
        dijalan Allah, TIDAK PATAH SEMANGAT dan TIDAK (pula) MENYERAH.
        dan Allah mencintai orang2 yg sabar” (3:146)

        semoga terus tabah.

  3. putri sakinah Says:

    alhamdulillah, dpt tzkirah di musim cuti ni dr blog vitamin b complex..
    x jmpe org post kt blog jdi laa..

    jazakillah..

  4. m_h Says:

    salam…
    wpun lbh tua kdg2 kt kurg matured..tp takpelah saling ingt mengingtkn kerana msg2 prnh tmph pnglmn tersendiri dlm hidup msg2… dan ilmu itu tidk dikira penuhnye didada semata2 kerena tingkt ilmunya ttpi krn tingkt kerajinnn n penglnmnnye.. Wallahua’lam..


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s