VitaminB CoMpleX

ku syukuri nikmat dan rahmat Ilahi, yang tak pernah putus diri ini memiliki, moga diri terus berdiri, melangkah dan gagah berlari, mengejar cita-cita nan suci, dalam mencari redhaMu ya Rabbi ..

Kau Kan Ku Rindu September 2, 2010

Filed under: Uncategorized — nurfarhana @ 10:11 pm

Bismillah ..

Alhamdulillah, usai terawih di malam ke-24 Ramadhan..yg penuh ketenangan.

Kini menghitung hari, Ramadhan yg berbaki.

Sayu sekali. Seumpama mahu dilaungkan, “Ramadhan!! Jangan pergi..”

Bisakah kita bertemu kembali?

Akan ku rindu pada barakah mlm2 mu..kesabaran di siang harimu.

Moga Ramadhan kali ini, kita tidak rugi lagi..

Advertisements
 

Hammasatus Syabab August 31, 2010

Filed under: Uncategorized — nurfarhana @ 4:55 pm

Wahai pemuda,

Sedarkah kita, kita punya banyak tanggungjawab.

Golongan yg menjadi tonggak jatuh bangunnya bangsa.

Sayangnnya, mungkin kerana dilahirkan dalam bangsa yg aman dan sejahtera, kita leka.

Lebih mementingkan diri dari agam dan bangsa.

Sedangkan agama dan bangsa kita dalam keadaan tenat sekali.

Yang indah itu adalah bila diri bahagia dan berjaya.

Yang dicari adalah keseronakan diri dengan muzik yg melalaikan dan cara hidup yang jauh dari rahmat Allah SWT.

Jauh berbeza dari pemuda yg dipilih Allah lahir dalam sebuah bangsa yg berjuang.

Kepentingan bangsa dan agama mengatasi kepentingan diri mereka.

Bahagia itu bila Islam dijulang.

Berjaya itu bila bangsa bebas merdeka.

Pemuda Penyelamat Ummat

” dan hendaklah diantara kamu ada segolongan orang yg menyeru kepada kebajikan, menyuruh yg makruf dan mencegah dari yg mungkar. Dan mereka itulah orang2 yg beruntug” (Ali Imran:104)

 

 

Apakah elemen-elemen penting yg harus ada pada pemuda dalam menggalas tanggujawab ini?

Antara elemen penting ialah keimanan, keikhlasan, semangat dan usaha.

Asas keimanan adalah hati yg bersih.

Asas keihlasan adalah jiwa yg suci.

Asas semangat adalah keinginan yg kuat,

dan asas usaha adalah keazaman yg membara.

 

” … sesungguhnya mereka adalah pemuda-pemuda yg beriman kepada Tuhan mereka, dan Kami tambahkan petunjuk kepada mereka” (Al-Kahf:13)

 

Galaslah amanah ini dengan rasa penuh izzah.

Menjadi pilihan dan saringan Allah untuk menebarkan Islam sebagai Rahmatan Lila’lamin.

 

” Kamu adalah umat yg terbaik yg dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyuruh (berbuat) yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah…” (Ali Imran:110)

Jual Beli yang Menguntungkan

Wahai pemuda,

Kita harus benar-benar faham dan sedar, dalam melaksanakan tugas ini, ia menuntut kepada terlalu banyak pengorbanan.

Kita harus sedia berkorban jiwa, harta, tenaga dan masa.

Lihatlah pengorbanan peluh dan air mata ini tidak seberapa berbanding pemuda di Palestin yg sedia berkorban darah dan nyawa.

 

 

” Katakanlah, “Jika bapa-bapa kamu, anak-anak kamu, saudara-saudara kamu, isteri-isteri kamu, keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perdagangan yg kamu khuatirkan kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, labih kamu cintai daripada Allah dan Rasul-Nya serta berjihad dijalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah memberikan keputusanNya.” (At-taubah:24)

 

 

Persiapan Kita

Senjata yang kita akan gunakan adalah senjata sama yang digunakan oleh RasulAllah, nabi Muhammad SAW dan para sahabat, senjata yang telah berjaya membawa Islam gah di 2/3 dunia.

“Kukuhkanlah keimanan, dan Tingkatkanlah semangat jihad”

 

Formula ini bukanlah teori semata-mata.

Mereka yang mendengar mungkin akan merasa pelik dan berkata, bagaimana sekadar keimanan dan jihad, kita mampu berhadapan dengan segala bentuk senjata??.

Benar, dan telah terbukti.

Dalam Yaumul Furqan (Perang Badar Kubra), bagaimana kuantiti ketumbukan bukan faktor utama kemenangan.

Kukuhnya keimanan dan tingginya semangat jihad para mujahidin Badar seharusnya membuka mata hati kita pemuda yang berjuang.

Ketika Rasulullah menjanjikan Suraqah B. Malik dengan gelang Kisra ketika peristiwa hijrah bersama sahabat baginda Abu Bakar, menunjukkan bagaimana kekuatan iman mereka yg tidak gentar dan yakin akan pertolongan Allah.

Bagaimana, seorang lelaki yang dalam pelarian dari negeri dan kaumnya, dapat memberikan janji sebesar itu??

Hebatnya, janji itu telah pun tertunai.

Lagi, kisah Raja muda yang hebat imannya, Sultan Muhammad Al-Fateh.

Menaiki takhta pemerintahan diusia seawal 19 tahun, dan telah menakluk Kota Konstantinopel (Istanbul) diusia 21 tahun.

 

 

” Kota Kosntantinopel akan jatuh ke tangan Islam. Pemimpin yang memimpinnya adalah sebaik-baik pemimpin dan tentera pasukan yang bersamanya adalah sebaik-baik pasukan” – HR Ahmad B Hambal.

Nah, bukti terpampang didepan mata, dinukilkan dalam sejarah buat pedoman kita pemuda.

Akhirnya

Wahai pemuda,

Nukilan ini bukan omong kosong buat tatapan bersahaja.

Terjemahkanlah ia dengan amal-amal.

Apa erti keimanan dan keyakinan tanpa disertakan dengan amal.

Apa erti sebuah aqidah, jika ia tidak mampu membawa manusia untuk merialisasikannya dan berkorban kerananya.

Marilah sama-sama kita perbaiki diri, dan serulah yang lain.

 

 

” Jika Allah menolong kamu, maka tidak ada yang dapat menglahkan kamu, tetapi jika Allah membiarkan kamu, maka siapa yang dapat menolongmu setelah itu? kerana itu, hendaklah kepada Allah saja orang-orang mukmin bertawakal” (Ali Imran:160)

 

Wallahualam..

 

Selamat Beribadah di 10 malam terakhir Ramadhan,

Selamat Hari Merdeka !!

 

Rayuan Ramadhan 1431H August 15, 2010

Filed under: Uncategorized — nurfarhana @ 1:30 pm

Ganjaran besar!! Berminat??

Have a look ..

 

 

 

 

 

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan August 10, 2010

Filed under: Uncategorized — nurfarhana @ 11:32 pm

Alhamdulillah, thumma alhamdulillah. Diberi Allah peluang untuk menjadi tetamu ramadhan pada tahun ini. Bulan mulia yg penuh barakah. Bulan dimana diturunkan Al-Quran, manual hidup setiap jiwa2 muslim. Bulan dimana mencatat sejarah perang pertama umat Islam memerangi musyrikin demi mempertahankan syiar Islam..itulah Ghazwah Badar al-Kubra juga ghazwah al-Yarmuk, al-Qadisiah, al-Hattin dan lain-lain lagi. Bulan yg mengandungi sebaik2 malam iaitu lailatu qadar, malam yg lebih baik dari seribu bulan.

Ia bulan yang membuka ruang kepada semua Umat Islam untuk  mempergandakan amal-amal soleh, ketaatan kepada Allah, yang akan mempergandakan pahala balasan amalan-amalan yang wajib sebanyak tujuh puluh kali ganda dan amal-amal sunat kepada pahala balasan amal-amal yang fardhu dan wajib. Satu gandaan yang amat luar biasa yang dibawa atau yang terkandung bersama-sama bulan Ramadhan yang penuh keberkatan. Ditutup pintu2 neraka dan dibuka seluas2nya pintu syurga.

SubhanAllah .. terlalu melimpah rahmat dan kasihNya pada bulan yg mulia ini. Persoalan nya, sedarkah kita ttg semua tawaran hangat ini? Alert kah dan berlumbakah kita untuk mendapatkan nya??? Sibuk kah kita menghitung amal2 yg telah dan bakal kita rebut di bulan yg tgh “SALE”  ini?? Tepuk dada tanya iman, tepuk dahi lu pikir la sendiri.. hehe.

Ramadhan, di awal nya rahmat, pertengahannya pengampunan (maghfirah) dan akhirnya dijauhkan dari api neraka. Pakej lengkap, impian setiap muslim.

 

 Allah s.w.t telah berfirman didalam al-Quran:

   ” ياأيها الذين آمنوا كتب عليكم الصيام كما كتب على الذين من قبلكم لعلكم تتقون ”          

           Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu ( ibadah ) puasa sebagaimana ia telah diwajibkan ke atas orang-orang  yang terdahulu daripada kamu, mudah-mudahan kamu mejadi orang-orang yang bertaqwa “ ( al-Baqarah, ayat 183)

Besar objektif puasa. Tarbiyyah intensif dari Allah bagi meninggikan darjat hamba2 Nya ke tingkatan muttaqin. Dapat naik pangkat, malah dapat naik gaji (gandaan pahala amal2 wajib) plus bonus lagi (pahala sunat = pahala amal wajib?? — Allahuakbar)..

Ingin qoute perumpamaan dari seorg shbt ttg bulan Ramadhan. Umpama sebuah mall tgh buat sale. Beli 1 dapat 10 free. Ada potongn 70% lagi. Kedai dibuka 24 jam selama sebulan, untuk beri laluan org dtg bila2 suka. Yg best, barang yg ingin dibeli pasti ada, xkan habis stok. Yang x tertarik.. tentu pelik. Kan?? Jadi jangan biarkan anda menjadi antara golongan pelik .. huuh pelik2.

Jadi macam mn nk sambut tetamu mulia ni, Ramadhan??

Pertama, kenali latar belakangnya. Baru tahu betapa istimewanya dia.. then baru tertarik. x gitu? Lepas tu sambut dia dgn penuh meriah. Semeriah menyambut sahabatnya Syawal pun apa salah nya. Malah dia lebih layak disambut kerana dia penuh istimewa. Dibawanya banyak tawaran dan hadiah buat kita, yg kita x dpt pada bulan2 yg lain. Tampallah didinding bilik kita ttg nya dan ttg tawaran amal mana yg kita nk dapat darinya. Layanlah dia dgn amal2 yg terbaik. Semoga kita peroleh hadiah yg dibawanya, insyaAllah.

Apa amal2 simple kita boleh buat??

1- Puasa semua anggota. Jaga mata dari melihat benda x sepatut nya. Jaga mulut dari mengumpat dan sewaktu dgn nya. Jaga hati, dari prasangka. Pendek kata semua anggota yg kita adalah ye.

2- Banykkan amal2 sunat. Suburkan bacaan Al-Quran. satu huruf pun dah sepuluh kali ganda pahalanya, apatah lagi satu ayat..satu surah .. satu Quran. Tarawih ( x jumpe kt bulan lain, rugi la kalo tak buat kan?)… sedekah … menjamu berbuka puasa, jgn lupa sahur dll.

3- Buat target amal. Cth : tahun ni nk khatam quran, x nk mengata org, nk qiamullail, terawih x nk tinggal, nk sedekah, makan berbuka berpada2 tidak membazir ( kalau kita berbuka pening nk pilih mknn apa, saudara kita di Palestin belum tentu ada makanan untuk berbuka T-T)

4- Banyakkanlah berdoa ^^,

Peringatan buat diri.

Selamat Menyambut Ramadhan Mubarak !!

 

 

Warkah Buat Adik2 Tersayang

Filed under: Uncategorized — nurfarhana @ 12:33 am

Seusai daurah hujung minggu hari tu, duduk melepaskan penat (lembik kan? sikit dah penat T-T) sambil terkenang seorang demi seorang adik2 usrah tersayang. Setiap nya punya kelebihan. Tersenyum ^^, .. Tiba2 rindu walau baru 2 jam x ketemu. Adik2, jika mampu ku ungkapkan, betapa kasihku pdmu atas nama saudara. Kadang terlupa ttg diri kerana hanya memikirkan ttg dirimu. Sedihkah kamu? Gembirakah kamu? Susahkah perjalanan hidupmu? Penatkah kamu? Bahagiakah kamu?

Entah kenapa sampai begitu. Bila ku fikir .. rupanya kerana Allah telah mengeratkan hati2 kita..doa yg subur setiap selepas solat ku. Adik2, besar harapan akak melihat adik2 menjadi yg terbaik dan hebat dalam segala segi. Jika kita berjauhan kelak, teruskan lah berjalan meniti jalan ini. Adik2 adalah tapisan Dia untuk memuliakan agama Nya. Dan insyaAllah pilihan Dia untuk syurgaNya. Teguhlah dalam langkahmu. Tegarkan lah hatimu. Sesungguhnya kita mulia dgn Islam.

Buat adik2 tersayang ..

 

Kerana Dakwah & Tarbiyyah July 4, 2010

Filed under: Uncategorized — nurfarhana @ 12:33 pm

 

Semua sedar jalan nya bukan senang dan mudah.

Bukan ada carpet merah ..

Berliku dan payah.

Tapi kenapa dilalui juga oleh mereka??

As-Syahid Hasan Al-Banna .. As-Syahid Syeikh Ahmad Ismail Yasin .. As-Syahid Dr Abdul Aziz Ar-Rantisi .. dan ramai lagi

The list goes on and won’t end ..

Tepuk dada tanyalah iman.

Why they sacrifice everything they have .. they gave everything they got,

They go on without regret even the world against them,

They speak out when people are ignoring,

They stand up when the ummah are still in deep dream,

They choose to syahid when leisure life are there to serve them.

Why ?? .. for the rest of their life , through days and night .. they choose this path?

 

 

 

Ya Allah .. i want to be in the list too..honest and true.

 

Muhasabah May 27, 2010

Filed under: Uncategorized — nurfarhana @ 6:50 pm

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim

 

Lama benar x menulis. post2 sebelum ni pun banyak nye more on info.

info yg bermanfaat insyaAllah.

Alhamdulillah, cuti2 begini, banyak juga masa free. jadi jom menulis.

I want to share more less about life.

Bila dikenang, masa yg telah berlalu, masa sekarang dan masa akan datang, cuma satu yg sering terlintas di benak fikiran adalah

dah banyak mana amal ku?

banyak mana pula dosaku?

Soalan yg menyebabkan aku termenung jauh.

Khauf wa raja’ … takut dan harap.

Itulah yg seharusnya..

Sukar untuk di gambarkan dengan kata-kata.

Payah untuk diekspresikan dengan gaya bahasa.

Persoalan tentang akhirnya aku dimana?

Terus termenung .. muhasabah.

Ingin terus memberi alasan..atau ingin bergerak merubah.